Proses Pemasangan

Proses Pemasangan ini berpandukan kepada halaman Carta Alir Pemasangan. Setiap proses akan diterangkan secara terperinci di bahagian ini. Bagi mengelakkan sebarang masalah, setiap proses hendaklah dilakukan mengikut langkah yang ditetapkan.

Proses ini melibatkan pemeriksaan kewujudan JRE dalam komputer pengguna sistem eMaklum. Di bawah adalah panduan bagi memeriksa JRE.
  1. Klik pada butang 'Start'.
  2. Klik pada program Run dan tetingkap Run akan dipaparkan.
  3. Tetingkat cmd.exe akan dipaparkan.
  4. Pengguna masukkan dengan menaip "java -version" dan tekan butang 'Enter' pada papan kekunci.
  5.      

  6. Jika versi yang dipaparkan adalah seperti java version “1.5.0_09” atau java version ke atas, pengguna boleh mengguna Perisian Decryption.
  7. Jika versi yang dipaparkan tidak seperti java version “1.5.0_09” dan ke atas, pengguna mesti mengikut panduan seperti di bawah

  8. Pengguna klik pada butang 'Start' di desktop dan klik kanan pada tetikus di My Computer dan pilih Properties.

  9. System Properties seperti di bawah akan dipaparkan. Penguna klik pada tab 'Advanced'.
  10.  

  11. Kemudian pengguna klik pada butang 'Environment Variables'.

  12. Environment Variables akan dipaparkan seperti di bawah. Di dalam System variables, Pengguna harus pilih variable path dan klik pada butang Edit.
  13. Edit System Variable akan dipaparkan. Di dalam kotak Variable value, pengguna klik kanan pada tetikus dan pilih 'Copy'.


  14. Kemudian penguuna klik pada direktori C dan klik pada folder yang pengguna telah simpan. Sebagai contoh, folder jdk1.5.0_09 diletakkan di dalam folder installer setups programs dan klik pada folder jdk1.5.0_09 tersebut. ( C > installer setups programs > jdk1.5.0_09)
  15.  
  16. Di dalam folder jdk1.5.0_09, pengguna klik pada folder bin.


  17. Pengguna harus salin alamat path tersebut dengan klik kanan pada tetikus dan pilih 'Copy'.
  18. Alamat path yang di salin (Copy) akan di tampalkan (Paste) di ruangan Variable value tadi. Di dalam kotak Variable value, pengguna klik kanan pada tetikus dan pilih 'Paste' serta klik pada butang 'OK'.
  19. Untuk memastikan perisian Decryption boleh digunakan, pengguna harus 'Restart' komputer.