Pendaftaran

  1. Bagi mengakses Modul Pertanyaan Status Bayaran eMaklum, pengguna harus membuat pendaftaran dengan klik pada imej Pendaftaran dengan eMaklum.

  2. Halaman Pendaftaran Pengguna eMaklum akan dipaparkan. Pengguna Sistem eMaklum harus memasukkan data rekod di ruangan kotak yang disediakan. Setiap Bahagian yang mempunyai simbol ( * ) adalah mandatori dimana pengguna Sistem eMaklum perlu mengisi semua maklumat dengan lengkap.

  3. Pengguna Sistem eMaklum klik pada butang 'Muat Naik Sijil Pendaftaran Syarikat' dan mesej akan terpapar untuk mencari fail untuk dimuat naik.

  4. Pengguna Sistem eMaklum klik pada butang 'Tambah Akaun Bank' dan Senarai No.Akaun Bank Syarikat akan dipaparkan. Pengguna Sistem eMaklum boleh memasukkan No. Akaun di kotak yang disediakan dan klik pada menu untuk pilihan Nama Bank.  Klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan semua data di dalam pangkalan data dan klik pada butang 'Keluar' untuk ke skrin Pendaftaran Pengguna eMaklum.

  5. Setelah semua data telah dimasukkan, klik pada butang 'Simpan' untuk menyimpan semua data di dalam pangkalan data. Pengguna Sistem eMaklum klik pada butang 'Set Semula' untuk set semula data yang dimasukkan sebelum ini dan klik pada butang 'Keluar' untuk ke skrin Pendaftaran Pengguna eMaklum.

  6. Untuk menyemak status pembayaran, Pengguna Sistem eMaklum harus memasukkan No. Kad Pengenalan / No.Daftar Syarikat atau Nama Syarikat / Organisasi / Individu atau No. Akaun Bank.  Klik pada butang 'Semak' untuk menyemak data yang dimasukkan dan apabila pengguna Sistem eMaklum klik pada butang 'Keluar', mesej akan dipaparkan untuk kepastian pengguna untuk keluar dari tetingkap ini.