Papar Hasil Carian Untuk Pengguna Tidak Berdaftar

  1. Bagi memaparkan hasil carian untuk pengguna tidak berdaftar, pengguna sistem eMaklum harus memasukkan 'No. Kad Pengenalan / No.Daftar Syarikat' atau 'Nama Syarikat / Organisasi / Individu'. Kemudian klik pada butang 'Semak'.

  2. Selepas log masuk, halaman Status Bayaran akan dipaparkan. Pengguna sistem eMaklum harus memasukkan julat tarikh mula dan akhir EFT yang dikehendaki dan kemudian klik pada butang 'Papar Hasil Carian'.

  3. Halaman maklumat status bayaran akan dipaparkan. Pengguna sistem eMaklum klik pada pautan 'No.EFT' untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai Status Bayaran.

  4. Selepas pengguna sistem eMaklum klik pada pautan 'No.EFT', halaman seperti di bawah akan dipaparkan. Pengguna sistem eMaklum harus memasukkan No. Akaun dan klik pada butang 'Semak'.

  5. Selepas pengguna sistem eMaklum klik pada butang 'Semak', Maklumat Terperinci Status Bayaran akan dipaparkan.  Pengguna sistem eMaklum klik pada butang 'Cetak' untuk mencetak halaman maklumat ini dan klik pada butang 'Keluar' untuk menutup halaman ini.