Papar Hasil Carian Untuk Pengguna Berdaftar

  1. Bagi memaparkan hasil carian untuk pengguna berdaftar, pengguna sistem eMaklum perlu klik pada pautan Pengguna Berdaftar. Pengguna sistem eMaklum harus memasukkan 'No.Akaun Bank' dan memilih nama bank yang disenaraikan. Kemudian klik pada butang 'Semak'.

  2. Apabila data yang dimasukkan untuk disemak adalah betul, pengguna sistem eMaklum harus memasukkan Kata Laluan yang tepat dan klik pada butang ‘Login’. Klik pada butang 'Keluar' untuk ke halaman Pertanyaan Status Bayaran.

  3. Selepas log masuk, halaman Status Bayaran akan dipaparkan. Pengguna sistem eMaklum harus memasukkan julat tarikh mula dan akhir EFT yang dikehendaki dan kemudian klik pada butang 'Papar Hasil Carian'.

  4. Halaman maklumat status bayaran akan dipaparkan. Pengguna sistem eMaklum klik pada pautan 'No. EFT' untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai Status Bayaran.

  5. Selepas pengguna sistem eMaklum klik pada pautan 'No. EFT', Maklumat Terperinci Status Bayaran akan dipaparkan.  Pengguna sistem eMaklum klik pada butang 'Cetak' untuk mencetak halaman maklumat ini dan klik pada butang 'Keluar' untuk menutup halaman ini.